-->
DPA Sem3 '12

Sunday, 16 September 2012

MENGAPA HARUS KERJA????



Pernah tak kita terfikir kenapa kita bekerja??? Kalau pernah bagus la…..tapi ada antara kita yang tak pernah terfikir pun kenapa diaorang bekerja…..So…hari ini aku nak kongsi beberapa sebab kenapa kita bekerja……


   1.     Kos Sara Hidup

          Perkara asas kenapa seseorang perlu bekerja adalah mendapatkan wang bagi menampung kos sara hidup. Tanpa wang, bagaimana seseorang pekerja hendak memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Itu belum masuk keperluan yang lain. Kos sara hidup semakin meningkat apabila tanggungannya meningkat terutamanya selepas berumahtangga dan kehadiran cahaya mata. Segala keperluan dapat dipenuhi dengan menggunakan wang gaji yang diterima pada hujung bulan. Matlamat kita bekerja adlah bagi menmpung perbelanjaan harian.


   2.     Menambah Pengalaman

          Sekiranya kita adalah graduan universiti, kita tidak ada sebrang pengalaman selagi tidak bekerja. Segala teori yang dipelajari semasa di universiti dapat membantu kita menguasai pelbagai kemahiran sekiranya dipraktikkan. Kemahiran ini dikatakan sebagai pengalaman.


   3.     Memenuhi Impian

          Di samping memenuhi keperluan asas, kita juga menyimpan seribu impian. Impian itu hanya dapat dicapai dengan adanya wang. Semua orang ingin tinggal di rumah dan memandu kereta lebih besar dan selamat. Dengan bekerja, kita memperoleh wang bagi membeli barangan.


   4.     Kerjaya Hidup
          Tanpa memasuki alam pekerjaan, kita tidak mampu mempertingkatkan kerjaya hidup. Bagi mencapai kenikmatan dan kepuasan menjawat jawatan yang tinggi bukannya kita dapat lakukan dalam satu hari. Ia memerlukan kecekalan kita bagi menghadapi segala risiko dan politik yang ada dalam sesebuah organisasi.   

By HANANI MOHD AMIN 360337   Hamtaro Hamtaro
Posted by Student DPA at 02:53 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Free Web Counter
Online Reservations


Ladies & Gentleman

|| HOME || GENG MEMBER || CREDIT TO ||

Up To Date

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (19)
      • 15 Sept (1)
      • 16 Sept (1)
      • 17 Sept (2)
      • 18 Sept (2)
      • 19 Sept (3)
      • 20 Sept (3)
      • 21 Sept (6)
      • 22 Sept (1)
Travel theme. Powered by Blogger.