-->
DPA Sem3 '12

Tuesday, 18 September 2012

MENCARI PENGALAMAN KERJA BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

      Percayalah bahawa selepas sahaja dua belah kaki anda melangkah keluar di pintu sekolah esok anda bukan lagi seorang pelajar sekolah dan saat itulah anda perlu belajar berdikari dan belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Ingatlah bahawa setelah tamat sahaja SPM anda tergolong didalam orang yang menganggur dan pada saat inilah anda akan merasa malu untuk meminta duit poket dari ibu dan ayah.
     Oleh itu apa yang perlu dilakukan adalah, anda perlu mula belajar berdikari dengan merajinkan diri untuk mencari pengalaman kerja. gunakanlah masa yang ada sebelum anda mengorak langkah ke universiti untuk mencari pengalaman kerja kerana percayalah pengalaman kerja intu sangat membantu anda dimasa  hadapan. Buatlah apa sahaja kerja yang anda terima asalkan kerja itu halal dan tidak menyalahi undang-undang, kerana dari pengalaman ini akan mengajar anda untuk lebih berani dari segi percakapan dan soft skill yang akan digunakan di kemudian hari, Dari situ juga anda akan mula belajar mengumpul wang dan menjadi seorang yang lebih berdikari.


    Jangan ingat  SPM itu penamat segalanya.. kerana penamat SPM itu adalah permulaan segala pembelajaran.. SPM itu hanya asas sahaja banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.. Bagi yang berasal dari keluarga yang mewah dan merasakan anda tidak perlu bekerja anda dinasihatkan agar tidak membuang masa.. belajarlah sesuatu.. cubalah untuk mempelajari skill baru ddalam hidup.. contohnya muzik, public relation, IT dan technology baru yang anda tidak pelajari semasa di sekolah dahulu.
    Bila anda ingin menceburi sesuatu kerjaya.. soft skill itu sangat  penting.. fahami apa itu  art and science. kerana orang yang multitasking sangat diperlukan pada zaman ini.. oleh itu pelajarilah dan ceburilah apasahaja benda baru kerana dunia sebenar adalah lebih hebat cabarannya dari apa yang anda sangkakan.

By IZZUDDIN 360339

Posted by Student DPA at 21:43 No comments:

Kebaikan Bekerja Sambilan (Part Time)

          Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara part time. Ini bermakna pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos-kos kehidupan seperti yuran pengajian kolej, makan dan minum harian serta membeli buku atau barang-barang keperluan belajar.


            Kebaikan pertama ialah mengetahui potensi pendapatan setiap bulan. Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.

          Kedua ialah tidak mensia-siakan masa terluang. Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia-siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti. Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.

            Kebaikan terakhir ialah dapat belajar pelbagai perkara baru. Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.

by HANANI MOHD AMIN  360337
Posted by Student DPA at 03:50 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Free Web Counter
Online Reservations


Ladies & Gentleman

|| HOME || GENG MEMBER || CREDIT TO ||

Up To Date

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (19)
      • 15 Sept (1)
      • 16 Sept (1)
      • 17 Sept (2)
      • 18 Sept (2)
      • 19 Sept (3)
      • 20 Sept (3)
      • 21 Sept (6)
      • 22 Sept (1)
Travel theme. Powered by Blogger.