-->
DPA Sem3 '12

Thursday, 20 September 2012

Dilema luar negara atau dalam negara ??



HAI ! cerita saya tak habis lagi lah ! :D ok kali ini saya nak cerita pasal dilemma. Dilema dekat mana yang sepatutnya kita belajar. Macam biasa lah,saya akan cerita kebaikan dan keburukan belajar di dalam Negara atau luar Negara. So,jom sambung baca apa yang saya tulis ni ! :D
Jika diberi pilihan, di lokasi manakah yang menjadi pilihan anda untuk menyambung pengajian tinggi? Di dalam negara atau luar negara? Kalau kita fikirkan semula, memanglah seronok belajar di luar negara, dengan stigma masyarakat Malaysia tidak pernah berubah serta memandang tinggi kepada graduan luar negara yang dianggap sebagai “pisang goreng panas” . Ianya laku dijual.
 Belajar di dalam negara
Kebaikan
  • Keadaan Selamat
  • Senang mendapat bantuan daripada keluarga sekiranya berlaku kecemasan
  • Ijazah IPT turut mendapat akreditasi oleh MQA
  • Yuran pengajian IPTA jauh lebih murah berbanding yuran pengajian di luar negara
  • Cost of living berpatutan
  • Dijauhi daripada culture shock
Keburukan
  • Tidak terdorong untuk menjadi  yang terbaik/ semangat dan “ taking things for granted”.
  • Terbiasa mendapat pertolongan/kesenangan , tidak berdikari
  • Tidak keluar daripada kepompong, sentiasa berada dalam “safe zone”
Belajar di luar negara
Kebaikan
  • Berpeluang mempelajari budaya baru, “ jauh perjalanan luas pemandangan”
  • Memperoleh persekitaran yang baru untuk belajar
  • Memperluaskan horizon persekitaran
  • Sesetengah jurusan/kos akan dipelajari lebih mendalam
  • Masyarakat akan lebih memandang tinggi kepada graduan lepasan luar negara ( ibarat pisang goreng panas )
  • Berpeluang berkongsi sesuatu kepakaran , sebagai contoh  dalam bidang kejuruteraan
  • Membuktikan kepada keluarga bahawa hidup lebih berdikari, tidak terbiasa mengharap pertolongan daripada keluarga
  • Mengharumkan nama negara sekiranya mendapat anugerah khas sebagai contoh ; dalam penyelidikan
Keburukan
  • Sesetengah ilmu yang dipelajari tidak sesuai dipraktikkan dalam negara.
  • Sesetengah keadaan politik negara yang tidak selamat, sering berlaku rusuhan contohnya; Mesir
  • Sesetengah negara sering mengalami bencana alam, contoh ; Jepun sering mengalami gempa bumi.
Apapun yang penting kita mesti meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam atau luar negara. Janganlah kita menyempitkan fikiran kita  mengenai isu ini asalkan kita ikhlas menuntut ilmu. Bak kata pepatah, “tuntut lah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Sekiranya ada di antara pembaca yang terdiri daripada pelajar luar negara atau  pelajar universiti dalam negara sendiri, diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai topik. So, boleh la kita share dengan kawan-kawan kita untuk bantu diorang buat pilihan kan ! :D

By FAZLI 360320
Posted by Student DPA at 22:18 1 comment:

IPTA VS IPTS



Hai kawan ! rasa macam gatal jari sebab dah lama tidak update blog ni. :D. baiklah rasanya belum sempurna cerita saya tentang bekerja atau sambung belajar. hari ini saya akan cerita kan kelebihan ataupun lebih mudah lagi kebaikan belajar di IPTS.

Bagi pandangan saya yang telah belajar di ipts sendiri, ipts telah memberi saya peluang kerjaya pada tahap yang saya kira selesa pada masa ini . Walaupun saya mendapat tawaran di IPTA sebelum ini, namun bidang yang ditawarkan di IPTA adalah terhad dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pilihan jurusan lain untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma mahupun ijazah. Namun melalui ipts, pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan yang mereka minat dan menepati prospek pekerjaan pada masa sekarang. Selain itu, yuran pengajian tidak menjadi masalah kepada para pelajar IPTS memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang jika berbanding 10 tahun yang lepas antaranya ialah MARA,PTPN dan sebagainya.

Para pelajar sendiri lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang memandangkan ianya adalah satu lagi peluang yang telah diberikan sekiranya telah gagal dalam SPM mahupun matrikulasi. Dari segi kualitinya pula, silibus pelajaran sudah tentunya menepati syarat yang telah ditetapkan, jika tidak masakan sesebuah kolej itu mendapat jaminan kualiti dari MQA?.... Sepanjang saya melajutkan pelajaran diploma di IPTS ,saya juga kagum dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan pihak kolej mahupun pensyrah sendiri demi memartabatkan kualitinya dalam melahirkan para pelajar. Hal ini disebabkan oleh jumlah pelajar yang sedikit, dan dapat dipantau. 

Walaubagaimanapun, IPTA juga ada kebaikan tersendiri.kalau kita study dekat ipta sudah semestinya sebahagian akan di support oleh kerajaan bagi membantu pelajar menjalani pembelajaran mereka. Selain kemudahan yang lengkap serta selesa dapat menyakinkan pelajar untuk belajar dengan cemerlang ! sebagai contoh,UITM kemudahan prasarana cukup lengkap dan kondusif. Namun,bukan semua diantara kita akan bernasib baik melangkah ke universiti. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Di universiti, memang seronok dari persekitaran,pensyarah dan juga pelajar-pelajarnya yang ramah ! :D sebab sebelum ini saya salah seorang student UITM. Memang disana cukup menyeronok. Walaupun pensyarah cukup garang ! :D

So,conclusion tidak terlalu banyak beza sama ada IPTA VS IPTS.kita boleh buat keputusan sendiri kan yang mana lebih TERBAIK ! :D

By  FAZLI 360320

Posted by Student DPA at 22:06 No comments:

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU



1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati. 

3.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat.

4. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.      

5.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita.

6. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

7. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.


By IZZUDDIN 360339
Posted by Student DPA at 21:38 No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Free Web Counter
Online Reservations


Ladies & Gentleman

|| HOME || GENG MEMBER || CREDIT TO ||

Up To Date

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (19)
      • 15 Sept (1)
      • 16 Sept (1)
      • 17 Sept (2)
      • 18 Sept (2)
      • 19 Sept (3)
      • 20 Sept (3)
      • 21 Sept (6)
      • 22 Sept (1)
Travel theme. Powered by Blogger.