Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara part time. Ini bermakna pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos-kos kehidupan seperti yuran pengajian kolej, makan dan minum harian serta membeli buku atau barang-barang keperluan belajar.
Kebaikan pertama ialah mengetahui potensi pendapatan setiap bulan. Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.
Kedua ialah tidak mensia-siakan masa terluang. Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia-siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti. Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.
Kebaikan terakhir ialah dapat belajar pelbagai perkara baru. Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.
by HANANI MOHD AMIN 360337
by HANANI MOHD AMIN 360337
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
sila tinggalkan comment korang kat sini yee....
SATU pun boleh....
thsnk you bebeyhhh.....