Friday 21 September 2012
Kerja adalah ibadah
1. Jenis dan pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah pekerjaan yang harus, bukan pekerjaan yang sememangnya ditegah dan dilarang.
Ini bererti jika pekerjaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan yang sememangnya dilarang dan tergulung pula ke dalam ertikata mungkar dan maksiat, maka terkeluar ia dari ertikata ibadah bahkan dikira salah dan berdosa.
Banyak larangan-larangan samada melalui Al_Quran mahupun hadis yang jelas melarang manusia supaya tidak melakukan perkara yang keji dan mungkar.
2. Niat dan tujuan yang baik
Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu walaupun ia merupakan perkara yang harus lagi disukai, tetapi jika sekiranya dilakukan dengan niat yang salah, seperti bersedekah dengan niat untuk riak dan menunjuk-nunjuk, maka terkeluarlah ia dari erti ibadah, bukan sahaja tidak mendapat pahala, bimbang dan takut kalau-kalau beroleh dosa.
3. (Jika kerja itu ada upah dan ganjarannya) maka hendaklah dikerjakan dengan sungguh-sungguh setimpal dengan ganjaran yang disediakan.
Ini berkemungkinan terdapat sesetengah pekerjaan yang mendapat upah dan gaji dari majikannya, lalu kerja itu dilakukan sambil lewa, ponteng, curi masa, sehingga hasil kerjanya tidak setimpal dengan upah yang dijanjikan, maka kerja atau pekerjaan itu juga sudah tidak dianggap sebagai ibadah.
4. Menjaga batas-batas Allah dan dasar-dasar akhlak.
Dalam melaksanakan sebarang pekerjaan, batas-batas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t perlu dipatuhi, bagi seorang isteri contohnya, izin dan kebenaran suami mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja luar rumah walaupun ia merupakan kerja amal dan kebajikan
5.Tidak menghalang dari menunaikan kewajipan terhadap Allah dan terhadap sesama manusia.
Jangan sanpai pekerjaan yang dilakukan itu menghalang dari menunaikan kwajipan terhadap Allah s.w.t seperti solat dan seumpamanya, terkadang kerana ingin membantu dan menolong jiran yang mengadakan kenduri kahwin anaknya, kita menawar diri untuk menjadi pelayan hidangan, lalu kita berkhidmat secara sukarela menjadi pelayan sehinggan mengabaikan solat zohor contohnya, maka kerja itu bukan ibadah lagi namanya.
by shahid 360338
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
sila tinggalkan comment korang kat sini yee....
SATU pun boleh....
thsnk you bebeyhhh.....