Bila di rumah pula.... nak belajar atau jaga anak? kali ini tak ada pilihan. mesti anak dulu. Tak akan boleh pilih belajar dulu selagi anak belum tidur. Bukan setakat anak pulak tu.. kain baju, kerja2 rumah, barang dapur semuanya atas batu jemala saya. Anak pulak memang manja...tak boleh berenggang dengan ibu. Mana ibu pergi dia ikut. Masuk bilik air, keluar bilik air, masuk dapur kemana saja dia ikut. Kalau saya hilangkan diri senyap2 tak sampai dua minit dah meraung2. Jadi jawapannya anak memang nombor satu. Kadang2 makan pun saya tak sempat sebab layankan anak.
Bila nak sedapkan hati sendiri... "bukan aku sorang macam ni". "aku baru anak sorang..kakak tu anak tiga, kakak lg sorang anak empat.. husband jauh gak" aduhai macam manalah mereka urus masa. So, jangan nak merungut-rungut. Buat saja..
Hasilnya... belajar hanya pada cuti semester. Itupun kalau tarikh exam awal dan boleh siap marking awal. Adalah seminggu-dua untuk buka buku balik. Bila call supervisor...alasan sama jer, sibuk. Kalau exam last2, minta maap...belum sempat tutup fail lama...dah kena prepare utk semester baru. Bukan macam dekat IIC dulu..ajar subjek sama tiap semester. Yang paling tak tahan satu subjek hanya akan offer sekali setahun, so tahun depan bila kena mengajar semula dah bermasalah. kadang-kadang silibus berubah, buku teks berubah, yg paling tension kalau mengajar application (contoh microsoft excel atau access) tiap-tiap tahun version berubah. So, hampir setiap semester kena buat module baru. Tapi next semester tak boleh tahan..tak mampulah nak buat nota balik, kena print screen bagai... guna jelah mana-mana reference book. Korang tak nak beli korang punya pasal. Cikgu pun ada banyak assignment nak buat... ratus-ratus mukasurat punya tesis. 3 tahun belum tentu siap. Sejak pindah rumah baru...rutin bertambah. Tu la berangan sangat nak duduk rumah corner. Alhamdulillah sekarang sudah dapat. Dulu duduk rumah laman sekangkang kera pun rumput sampai takat lutut.. tapi duduk rumah corner, kalau rumput takat lutut karang jiran2 kata kita bela ular dengan gajah pulak. Jadi tiap2 hari potong rumput sikit-sikit pun jadilah. Hari ini satu sudut, esok sudut lain plak... taklah nampak mcm rumah tinggal.
By : NAWFAL IBRAHIM 360325
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
sila tinggalkan comment korang kat sini yee....
SATU pun boleh....
thsnk you bebeyhhh.....