Asalamualaikum, sebagai pembuka bicara saya dan rakan saya ingin menyatakan tentang ‘kerja atau belajar’. Selepas habis peperiksaan SPM kebanyakan pelajar-pelajar akan bekerja sambilan, sambil menunggu keputusan SPM mereka keluar. Tidak salah la klau pelajar ini bekerja atau membantu menyara diri atau keluarga mereka sebab dasar pelajar mahu menyambung belajar di pengajian yang lebih tinggi dan kurang mengharapkan duit makbapak dia orang bak kata orang sambung belajar menggunakan duit hasil kerja kita ‘leh membawa berkat’, tapi hakikat ya memang masa kita belaja makbapak yang menanggung pembelajaan kita dan x salah kita mengurang kan bebanan mereka.
Belajar, kenape kita perlu belajar? Memenuhi matlamat, apakah matlamat kerjaya anda?? Ada pelbagai matlamat yang boleh anda fikirkan, tetapi yang nyatanya jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana anda ingin menjadi seorang ahli akademik atau nama amnya...pensyarah!!! (khusus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana atau Masters). MEMPERTINGKATKAN ILMU DI DALAM JURUSAN YANG DIIKUTI salah satu faedah apabila anda sambung belajar adalah untuk melebarkan sayap pengetahuan anda ke arah jurusan yang anda ikuti ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya macam tengok sequel drama ADAMAYA atau HARRY PORTER la... kalau ada sambungan atau sequel seterusnya, cerita akan jadi lebih menarik, anda akan lebih memahami cerita keseluruhan dengan lebih baik, dan anda akan tahu segala-galanya. Sama juga jika dari peringkat ijazah sarjana muda ke peringkat sarjana di dalam jurusan yang sama, anda akan dapat lebih pengetahuan, pengalaman dan mengikuti kerja kursus yang mungkin lebih berat lagi??
MEMENUHI KEPUASAN HATI SENDIRI ini saya boleh kaitkan dengan kepuasan diri anda sebenarnya. Tetapi anda perlu tanya diri anda, "Adakah ini yang saya mahu?", "Adakah ini yang akan melengkapkan hidup saya?"...jika ianya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, so sorry la dear...may be there are other things that could satisfy you...so look out for other alternatives okay!.... PEER PRESSURE--ini boleh jadi salah satu sebab juga. Bila ramai kawan-kawan pakat dapat peluang untuk belajar, anda pula rasa tertekan...nak ikut juga...usaha lah juga cari borang dan isi borang permohonan. JANGAN!!!...jangan jadikan peer pressure pressuring you!... Rakan-rakan yang lain mungkin mempunyai matlamat atau goals yang berbeza...tak sama dengan anda...mengapa perlu ikut mereka?? Adakah mengikut mereka mendatangkan kepuasan hati anda? Fikir-fikirkanlah ye...
Selain itu, MAMPU BIAYA--ini maksudnya, anda ada rezeki lebih atau ibubapa anda sanggup untuk menaja anda setahun dua lagi untuk sambung belajar. Alhamdulillah jika wang bukan masalah utama anda dan anda boleh mengikuti mana-mana pengajian dengan dibiaya sepenuhnya oleh keluarga atau mungkin anda mempunyai simpanan duit sendiri dalam RM10,000 hingga RM20,000 untuk biaya yuran pengajian peringkat Masters (bergantung kepada universiti dan jurusan yang anda pilih). SELF-ESTEEM--ada juga kaitan dengan faktor untuk memuaskan hati tetapi self-esteem ini lebih kepada perasaan kepuasan yang membolehkan anda berasa yakin dengan kebolehan diri anda sendiri. Macam slogan MALAYSIA BOLEH! tu... Bila sambung belajar ni, anda seperti berada di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti anda. TETAPI....ingat!!!! bukan bertujuan untuk memandang rendah atas kebolehan orang lain...tetapi untuk meningkatkan self-esteem anda sahaja. Anda dan orang lain sama sahaja okay...tidak lebih dan tidak kurang sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan masih memerlukan petunjuk dari ALLAH SWT...
Justeru itu, GAJI LEBIH TINGGI ini yang mudah disalahertikan... ada dua kemungkinan gaji lebih tinggi ni...bergantung. Pertama, ya! gaji anda akan lebih tinggi mengikut kelayakan anda hanya jika anda memohon jawatan yang memang mengiklankan kelayakan Masters atau PhD...contoh yang paling baik ialah di bidang akademik...sebagai pensyarah!!... Kelayakan minima di kebanyakan universiti di Malaysia adalah Masters @ Ijazah Sarjana. Tetapi sudah banyak juga universiti yang memerlukan PhD sebagai kelayakan sebagai pensyarah ... ini menunjukkan betapa pantasnya bidang akademik boleh berubah dari tahun ke tahun dan dari masa ke masa. Anda perlu peka tentang itu. Kedua, jika kelayakan yang diiklankan adalah Ijazah Sarjana Muda sahaja, sedangkan anda sudahpun memiliki Masters....oooh mana bisa terima gaji lebih sih!!! Situasi sebegini wujud rata-ratanya di pelbagai sektor korporat awam atau swasta yang ada di Malaysia...kecuali untuk kes-kes tertentu contohnya, syarikat koprorat memerlukan kelayakan Masters untuk penyelidikan, pembangunan, konsultan dan sebagainya. Setakat pegawai atau eksekutif muda....jangan haraplah nak dibayar mengikut gaji Masters...masa ni memanglah rasa kelayakan yang anda ada tu tak laku...bukan salah mereka, salah anda sendiri yang tak kaji betul-betul kelayakan yang ditawarkan.
By IZZUDIN 360339
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
sila tinggalkan comment korang kat sini yee....
SATU pun boleh....
thsnk you bebeyhhh.....