Hello ! hai kawan-kawan saya ada sedikit pendapat tentang dilema sama ada terus bekerja atau melanjutkan pelajaran,,,hope dapat la sikit2 tolong korang buat keputusankan?
Bidang pekerjaan dan bidang pembelajaran adalah konteks yang berbeza. Bidang pekerjaan merupakan cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang dalam memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing. Manakala,bidang pembelajaran adalah satu bidang untuk meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang individu itu. Mungkin dilema akan berlaku dalam diri setiap pelajar terutamanya pelajar lepasan SPM sama ada ingin meneruskan pembelajaran ataupun terus bekerja dalam apa jua sektor yang ada di Negara kita.
Sama ada ingin memilih untuk melanjutkan pelajaran atau terus bekerja bergantung pada naluri dan keupayaan individu itu sendiri. Kedua-duanya mempunyai kelebihan ataupun kebaikan sendiri. Jika seseorang individu itu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati adalah tidak salah kerana ianya bukan sahaja dapat menaikkan taraf pendidikan seseorang malah dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Di Malaysia , banyak universiti serta kolej-kolej yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dan juga telah banyak program yang telah diwujudkan bagi memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan satu pilihan yang bijak dimana seorang individu itu bukan sahaja dapat meningkatkan taraf pendidikan malah meningkatkan ekonomi Negara pada masa akan datang dengan adanya mahasiswa yang berkualiti dalam sektor pekerjaan di Negara kita. Secara tidak langsung, dapat mengharumkan nama Negara dengan lahirnya mahasiswa yang berkualiti yang mampu memimpin Negara di masa akan datang.
Bidang pekerjaan juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bagi individu yang kurang berkemampuan sudah semestinya memilih bidang pekerjaan daripada memilih untuk melanjutkan pelajaran. Mungkin factor terbesar mereka adalah kemiskinan. Keputusan untuk terus bekerja tidak salah sama sekali jika faktor kemiskinan menghalang mereka melanjutkan pelajaran. Jika seseorang individu itu memilih untuk terus bekerja, sedikit sebanyak membantu keluarga dalam menyara kehidupan mereka.
Kesimpulannya, bergantung pada individu itu sendiri sama ada ingin memilh terus bekerja atau melanjutkan pelajaran kerana setiap individu berhak membuat keputusan sendiri. Kedua-dua bidang ini mempunyai kebaikan sendiri. Apa yang penting kebijaksanaan seseorang individu itu dalam membuat pemilihan demi kehidupan mereka.
By FAZLI 360320
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
sila tinggalkan comment korang kat sini yee....
SATU pun boleh....
thsnk you bebeyhhh.....