-->
DPA Sem3 '12

Saturday, 22 September 2012

Thanks A Lot :)


ASSIGNMENT BY :

NIRVANNA VALENTINE BANDANG    DPA360342
              Entry 1
              Entry 2
              Entry 3
HANANI BINTI MOHD AMIN        DPA360337
              Entry 1
              Entry 2
              Entry 3
MUHD NAWFAL BIN IBRAHIM       DPA360325
              Entry 1
              Entry 2
              Entry 3
FAZLI BIN JAMALUDIN           DPA360320
              Entry 1
              Entry 2
              Entry 3
 IZZUDIN BIN SALAMON          DPA360339
                Entry 1
                Entry 2
                Entry 3 
MOHD SHAHID BIN AZMI           DPA360336
                Entry 1
                Entry 2
                Entry 3


Dear follower and visitors,
Thanks for helping us to complete our assignment group, only God is able to give back to all your best. We also glad with all your good response to follow and read our simple blog. Without all your's help, we can't finishing our assignment group that have been given.

Dear lecturer, Miss Suhana,
Thanks for giving our chance to doing this assignment. We also thanks for all your guidance for all this time. This assignment teach us how to be tolerance, work together and be responsibilities.

Dear my group's member,
Thanks for give a good responsibility in our group, thanks to all of you for being work hard to complete this assignment.



Posted by Student DPA at 01:09 No comments:

Friday, 21 September 2012

KESIMPULAN BELAJAR


a)      Situasi belajar harus bertujuan. Tujuan merupakan salah satu aspek dari situasi belajar. Tujuan-tujuan belajar harus diterima baik oleh masyarakat. Tujuan dan maksud belajar timbul dari kehidupan anak sendiri. Didalam mencapai tujuan itu, murid akan senantiasa menemui kesulitan, rintangan, dan situasi yang tidak menyenangkan.
b)      Hasil belajar yang utama adalah pola tingkah laku yang bulat.
c)      Proses belajar terutama mengerjakan hal-hal yang sebenarnya. Dengan kata lain belajar apa yang diperbuat dan mengerjakan apa yang dipelajari.
d)      Kegiatan-kegiatan dan hasil-hasil belajar dipersatukan dan dihubungkan dengan tujuan dan situasi belajar.
e)      Murid memberikan reaksi secara keseluruhan.
f)       Murid mereaksi suatu aspek dari lingkungan yang bermakna baginya.
g)      Murid diarahkan dan dibantu oleh orang-orang yang berada dalam lingkungan itu.


Itulah sedikit cerita mengenai arti belajar, semoga kita semakin rajin belajar dan semakin tambah pintar, amin.


By HANANI MOHD AMIN 360337
Posted by Student DPA at 11:20 No comments:
Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian

belajar secara kumpulan lebih daripada belajar belajar bersendirian. Topic ini adalah salah satu topic yang selalu ditanya, sama ada di dalam perbahasan atau pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar bersendirian, tapi ada juga yang suka belajar berkumpulan. Faktor-faktor ini merupakan keputusan yang berlainan.

Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara kumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari ahli kumpulan yang lain.

Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.

Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.

Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.


by shahid 360338
Posted by Student DPA at 10:56 No comments:


Kerja adalah ibadah

1. Jenis dan pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah pekerjaan yang harus, bukan pekerjaan yang sememangnya ditegah dan dilarang.


Ini bererti jika pekerjaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan yang sememangnya dilarang dan tergulung pula ke dalam ertikata mungkar dan maksiat, maka terkeluar ia dari ertikata ibadah bahkan dikira salah dan berdosa.

Banyak larangan-larangan samada melalui Al_Quran mahupun hadis yang jelas melarang manusia supaya tidak melakukan perkara yang keji dan mungkar.



2. Niat dan tujuan yang baik



Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu walaupun ia merupakan perkara yang harus lagi disukai, tetapi jika sekiranya dilakukan dengan niat yang salah, seperti bersedekah dengan niat untuk riak dan menunjuk-nunjuk, maka terkeluarlah ia dari erti ibadah, bukan sahaja tidak mendapat pahala, bimbang dan takut kalau-kalau beroleh dosa.

3. (Jika kerja itu ada upah dan ganjarannya) maka hendaklah dikerjakan dengan sungguh-sungguh setimpal dengan ganjaran yang disediakan.



Ini berkemungkinan terdapat sesetengah pekerjaan yang mendapat upah dan gaji dari majikannya, lalu kerja itu dilakukan sambil lewa, ponteng, curi masa, sehingga hasil kerjanya tidak setimpal dengan upah yang dijanjikan, maka kerja atau pekerjaan itu juga sudah tidak dianggap sebagai ibadah.





4. Menjaga batas-batas Allah dan dasar-dasar akhlak.



Dalam melaksanakan sebarang pekerjaan, batas-batas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t perlu dipatuhi, bagi seorang isteri contohnya, izin dan kebenaran suami mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja luar rumah walaupun ia merupakan kerja amal dan kebajikan

5.Tidak menghalang dari menunaikan kewajipan terhadap Allah dan terhadap sesama manusia.

Jangan sanpai pekerjaan yang dilakukan itu menghalang dari menunaikan kwajipan terhadap Allah s.w.t seperti solat dan seumpamanya, terkadang kerana ingin membantu dan menolong jiran yang mengadakan kenduri kahwin anaknya, kita menawar diri untuk menjadi pelayan hidangan, lalu kita berkhidmat secara sukarela menjadi pelayan sehinggan mengabaikan solat zohor contohnya, maka kerja itu bukan ibadah lagi namanya.



by shahid 360338
Posted by Student DPA at 09:21 No comments:


Belajar sambil kerja beserta tips



Belajar sambil kerja bukanlah semudah yang disangka, selain perlu bijak membahagikan komitmen kerja, keluarga dan pengajian. Mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini saya ada panduan untuk dikongsi bersama.

Pertamanya, bekerja sambil belajar adalah memenatkan. Maka dengan itu kita juga harus menjaga kesihatan diri kita dengan permakanan yang teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan melakukan aktiviti bersoaial.

Selain itu, kita juga haruslah menggunakan masa dengan sebaiknya. Kita juga boleh membaca dan mendengar semula apa yang kita belajar di kolej kerana jika kita lalai dan terlalu memikirkan soal pekerjaan maka kita mula mengabaikan tentang pelajaran.

Seterusnya, jika kita mempunyai masalah untuk menepati masa atau tarikh tertiba terjadinya masalah keluarga dan kerja. Beritahu kepada pensyarah kita lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban kita untuk melakukan dua perkara ini serentak dan mengingatkan diri kita matlamat sebenar kita menyambung pengajian.

Kesimpulannya, kita mestilah mencari tempoh waktu terbaik untuk kita belajat atau mengulangkaji pelajaran, elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan kepada kita.


by shahid 360338
Posted by Student DPA at 09:08 No comments:

Work And Study

 

1. Have good time management. Set up a daily or weekly plan for yourself and ensure that you set aside time for your studies daily. Vary the study times to fit in with other commitments such as family, sports etc. Be aware, and accept, that your weekends are likely to be eaten into by at least some regular study. Depending on your commitments and need for sleep, early Saturday or Sunday mornings can be a good choice to allow you free time later on both days for family, religious observation, sport, friends, other activities etc.


2. Get yourself motivated by staying in contact with your classmates. Use the e-mail to share ideas and brainstorm responses to assignments. When studying and working, it can be easy to lose motivation without constant student contact, so make the most of technology to "cybermeet". Try to catch up before or after classes occasionally to put faces to the names.

3. Set goals and reward yourself when you attain them - this is a great self-motivating habit. One great goal is time off from studying!

4. Set up a quiet place for study away from home life distractions, such as the television, phone calls or other family members. Always keep your textbooks, notes, computer etc., in this one place for easy access and retrieval when needed. It saves worrying where things are after a long day at the office, store or workshop when you're feeling tired!

5. Make room for play. All work and no play makes Jack a dull boy and Jill a dull girl. Play rejuvenates our soul and gives us greater purpose in life. Get out there and enjoy yourself; continue a hobby, go hiking, see a film, spend an afternoon lying with the kids playing Lego Martians on the floor. These are moments as precious as anything and while you are playing, your mind is resting but subconsciously computing the study you've learned and is also rejuvenating your working self. Always put down recreation time in your timetable.

6. Enjoy the crossover between work and study. Full-time students may appear enviable to you but they are missing out on the key ingredient that is pushing you - work experience. Already working provides added value to your study, by providing real-life insights and examples that can help you better understand your studies. Even if your work and studies are completely unrelated, work is still providing you with the skills of prioritizing, managing, balancing tasks, time-management, dealing with colleagues and customers. All of this is invaluable when compared to the inexperience of a full-time student.


By : NIRVANNA VALENTINE  360342  
Posted by Student DPA at 04:07 No comments:

BELAJAR ??





Menyambung pelajaran adalah impian semua pelajar – pelajar. Apalagi meneruskan pelajaran ke luar negara.Selepas menghabiskan pelajaran mereka akan mangambil keputusan untuk menyambung Diploma, Matrik, ataupun Sijil.

Mereka berpendapat menyambung pelajaran ini mampu menjamin masa depan yang cerah. Hal ini kerana pelajaran mampu untuk menjamin kerja yang baik untuk mereka.

Menyambung pelajaran juga dapat menambah pengetahuan lebih mendalam. Contohnya apabila seseorang itu meminati bidang perniagaan, mereka bole menambah ilmu dengan mengambil diploma perniagaan atau apa - apa kursus perniagaan.

Menyambung pelajaran juga dapat membanggakan ibu bapa kerana ibu bapa berasa bangga apabila anak mereka tampil ke hadapan apabila graduate.

Sesetengah kerja juga memerlukan sijil pelajaran yang tinggi untuk pengetahuan dalam pekerjaan yang diceburi.


BY : NIRVANNA VALENTINE 360342   

Posted by Student DPA at 04:00 No comments:

Thursday, 20 September 2012

Dilema luar negara atau dalam negara ??



HAI ! cerita saya tak habis lagi lah ! :D ok kali ini saya nak cerita pasal dilemma. Dilema dekat mana yang sepatutnya kita belajar. Macam biasa lah,saya akan cerita kebaikan dan keburukan belajar di dalam Negara atau luar Negara. So,jom sambung baca apa yang saya tulis ni ! :D
Jika diberi pilihan, di lokasi manakah yang menjadi pilihan anda untuk menyambung pengajian tinggi? Di dalam negara atau luar negara? Kalau kita fikirkan semula, memanglah seronok belajar di luar negara, dengan stigma masyarakat Malaysia tidak pernah berubah serta memandang tinggi kepada graduan luar negara yang dianggap sebagai “pisang goreng panas” . Ianya laku dijual.
 Belajar di dalam negara
Kebaikan
  • Keadaan Selamat
  • Senang mendapat bantuan daripada keluarga sekiranya berlaku kecemasan
  • Ijazah IPT turut mendapat akreditasi oleh MQA
  • Yuran pengajian IPTA jauh lebih murah berbanding yuran pengajian di luar negara
  • Cost of living berpatutan
  • Dijauhi daripada culture shock
Keburukan
  • Tidak terdorong untuk menjadi  yang terbaik/ semangat dan “ taking things for granted”.
  • Terbiasa mendapat pertolongan/kesenangan , tidak berdikari
  • Tidak keluar daripada kepompong, sentiasa berada dalam “safe zone”
Belajar di luar negara
Kebaikan
  • Berpeluang mempelajari budaya baru, “ jauh perjalanan luas pemandangan”
  • Memperoleh persekitaran yang baru untuk belajar
  • Memperluaskan horizon persekitaran
  • Sesetengah jurusan/kos akan dipelajari lebih mendalam
  • Masyarakat akan lebih memandang tinggi kepada graduan lepasan luar negara ( ibarat pisang goreng panas )
  • Berpeluang berkongsi sesuatu kepakaran , sebagai contoh  dalam bidang kejuruteraan
  • Membuktikan kepada keluarga bahawa hidup lebih berdikari, tidak terbiasa mengharap pertolongan daripada keluarga
  • Mengharumkan nama negara sekiranya mendapat anugerah khas sebagai contoh ; dalam penyelidikan
Keburukan
  • Sesetengah ilmu yang dipelajari tidak sesuai dipraktikkan dalam negara.
  • Sesetengah keadaan politik negara yang tidak selamat, sering berlaku rusuhan contohnya; Mesir
  • Sesetengah negara sering mengalami bencana alam, contoh ; Jepun sering mengalami gempa bumi.
Apapun yang penting kita mesti meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam atau luar negara. Janganlah kita menyempitkan fikiran kita  mengenai isu ini asalkan kita ikhlas menuntut ilmu. Bak kata pepatah, “tuntut lah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Sekiranya ada di antara pembaca yang terdiri daripada pelajar luar negara atau  pelajar universiti dalam negara sendiri, diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai topik. So, boleh la kita share dengan kawan-kawan kita untuk bantu diorang buat pilihan kan ! :D

By FAZLI 360320
Posted by Student DPA at 22:18 1 comment:

IPTA VS IPTS



Hai kawan ! rasa macam gatal jari sebab dah lama tidak update blog ni. :D. baiklah rasanya belum sempurna cerita saya tentang bekerja atau sambung belajar. hari ini saya akan cerita kan kelebihan ataupun lebih mudah lagi kebaikan belajar di IPTS.

Bagi pandangan saya yang telah belajar di ipts sendiri, ipts telah memberi saya peluang kerjaya pada tahap yang saya kira selesa pada masa ini . Walaupun saya mendapat tawaran di IPTA sebelum ini, namun bidang yang ditawarkan di IPTA adalah terhad dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pilihan jurusan lain untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma mahupun ijazah. Namun melalui ipts, pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan yang mereka minat dan menepati prospek pekerjaan pada masa sekarang. Selain itu, yuran pengajian tidak menjadi masalah kepada para pelajar IPTS memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang jika berbanding 10 tahun yang lepas antaranya ialah MARA,PTPN dan sebagainya.

Para pelajar sendiri lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang memandangkan ianya adalah satu lagi peluang yang telah diberikan sekiranya telah gagal dalam SPM mahupun matrikulasi. Dari segi kualitinya pula, silibus pelajaran sudah tentunya menepati syarat yang telah ditetapkan, jika tidak masakan sesebuah kolej itu mendapat jaminan kualiti dari MQA?.... Sepanjang saya melajutkan pelajaran diploma di IPTS ,saya juga kagum dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan pihak kolej mahupun pensyrah sendiri demi memartabatkan kualitinya dalam melahirkan para pelajar. Hal ini disebabkan oleh jumlah pelajar yang sedikit, dan dapat dipantau. 

Walaubagaimanapun, IPTA juga ada kebaikan tersendiri.kalau kita study dekat ipta sudah semestinya sebahagian akan di support oleh kerajaan bagi membantu pelajar menjalani pembelajaran mereka. Selain kemudahan yang lengkap serta selesa dapat menyakinkan pelajar untuk belajar dengan cemerlang ! sebagai contoh,UITM kemudahan prasarana cukup lengkap dan kondusif. Namun,bukan semua diantara kita akan bernasib baik melangkah ke universiti. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Di universiti, memang seronok dari persekitaran,pensyarah dan juga pelajar-pelajarnya yang ramah ! :D sebab sebelum ini saya salah seorang student UITM. Memang disana cukup menyeronok. Walaupun pensyarah cukup garang ! :D

So,conclusion tidak terlalu banyak beza sama ada IPTA VS IPTS.kita boleh buat keputusan sendiri kan yang mana lebih TERBAIK ! :D

By  FAZLI 360320

Posted by Student DPA at 22:06 No comments:

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU



1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati. 

3.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat.

4. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.      

5.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita.

6. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

7. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.


By IZZUDDIN 360339
Posted by Student DPA at 21:38 No comments:

Wednesday, 19 September 2012

BEKERJA ??



     Setiap pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) akan menjadi buntu sama ada ingin meneruskan pelajaran ke menara gading ataupun bekerja. Pelajar akan berada dalam keadaan dilema untuk membuat pilihan ini. 

     Kebanyakkan pelajar lepasan SPM akan mengambil peluang untuk bekerja sementara menunggu keputusan keluar. Hal ini kerana untuk mengisi masa terluang daripada membazir dengan begitu sahaja. Tetapi kebanyakkan pelajar tetap meneruskan kerja kerana berasa seronok apabila mendapat gaji. Mereka berfikiran apabila mendapat gaji, mereka boleh membeli apa sahaja yang dihajati. 

     Bekerja juga boleh menambah pengalaman untuk bekerja. Ini akan menambah keyakinan untuk bekerja. Mereka akan terbiasa dengan persekitaran bekerja. 

     Bekerja juga mampu untuk menyara hidup seseorang yang ingin hidup berdikari. Dengan usaha untuk berdikari bagi menyara hidup diri sendiri. 

     Bekerja dapat menaiktarafkan kehidupan seseorang, kadang – kadang apabila mereka tidak mempunyai duit untuk meneruskan pengajian, mereka akan bekerja untuk menyara hidup keluarga mereka.


By : NIRVANNA VALENTINE  360342 
Posted by Student DPA at 20:09 No comments:


       Hello ! hai kawan-kawan saya ada sedikit pendapat tentang dilema sama ada terus bekerja atau melanjutkan pelajaran,,,hope dapat la sikit2 tolong korang buat keputusankan?
       Bidang pekerjaan dan bidang pembelajaran adalah konteks yang berbeza. Bidang pekerjaan merupakan cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang dalam memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing. Manakala,bidang pembelajaran adalah satu bidang untuk meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang individu itu. Mungkin dilema akan berlaku dalam diri setiap pelajar terutamanya pelajar lepasan SPM sama ada ingin meneruskan pembelajaran ataupun terus bekerja dalam apa jua sektor yang ada di Negara kita.
       Sama ada ingin memilih untuk melanjutkan pelajaran atau terus bekerja bergantung pada naluri dan keupayaan individu itu sendiri. Kedua-duanya mempunyai kelebihan ataupun kebaikan sendiri. Jika seseorang individu itu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati adalah tidak salah kerana ianya bukan sahaja dapat menaikkan taraf pendidikan seseorang malah dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Di Malaysia , banyak universiti serta kolej-kolej yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dan juga telah banyak program yang telah diwujudkan bagi memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia.
       Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan satu pilihan yang bijak dimana seorang individu itu bukan sahaja dapat meningkatkan taraf pendidikan malah meningkatkan ekonomi Negara pada masa akan datang dengan adanya mahasiswa yang berkualiti dalam sektor pekerjaan di Negara kita. Secara tidak langsung, dapat mengharumkan nama Negara dengan lahirnya mahasiswa yang berkualiti yang mampu memimpin Negara di masa akan datang.
       Bidang pekerjaan juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bagi individu yang kurang berkemampuan sudah semestinya memilih bidang pekerjaan daripada memilih untuk melanjutkan pelajaran. Mungkin factor terbesar mereka adalah kemiskinan. Keputusan untuk terus bekerja tidak salah sama sekali jika faktor kemiskinan menghalang mereka melanjutkan pelajaran. Jika seseorang individu itu memilih untuk terus bekerja, sedikit sebanyak membantu keluarga dalam menyara kehidupan mereka.
       Kesimpulannya, bergantung pada individu itu sendiri sama ada ingin memilh terus bekerja atau melanjutkan pelajaran kerana setiap individu berhak membuat keputusan sendiri. Kedua-dua bidang ini mempunyai kebaikan sendiri. Apa yang penting kebijaksanaan seseorang individu itu dalam membuat pemilihan demi kehidupan mereka.

By FAZLI 360320
Posted by Student DPA at 06:43 No comments:


Asalamualaikum, sebagai pembuka bicara saya dan rakan saya ingin menyatakan tentang ‘kerja atau belajar’. Selepas habis peperiksaan SPM kebanyakan pelajar-pelajar akan bekerja sambilan, sambil menunggu keputusan SPM mereka keluar. Tidak salah la klau pelajar ini bekerja atau membantu menyara diri atau keluarga mereka sebab dasar pelajar  mahu menyambung belajar di pengajian yang lebih tinggi dan kurang  mengharapkan duit makbapak dia orang bak kata orang sambung belajar menggunakan duit hasil kerja kita ‘leh membawa berkat’, tapi hakikat ya memang masa kita belaja makbapak yang menanggung pembelajaan kita dan x salah kita mengurang kan bebanan mereka.
Belajar, kenape kita perlu belajar? Memenuhi matlamat, apakah matlamat kerjaya anda?? Ada pelbagai matlamat yang boleh anda fikirkan, tetapi yang nyatanya jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana anda ingin menjadi seorang ahli akademik atau nama amnya...pensyarah!!! (khusus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana atau Masters). MEMPERTINGKATKAN ILMU DI DALAM JURUSAN YANG DIIKUTI salah satu faedah apabila anda sambung belajar adalah untuk melebarkan sayap pengetahuan anda ke arah jurusan yang anda ikuti ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya macam tengok sequel drama ADAMAYA atau HARRY PORTER la... kalau ada sambungan atau sequel seterusnya, cerita akan jadi lebih menarik, anda akan lebih memahami cerita keseluruhan dengan lebih baik, dan anda akan tahu segala-galanya. Sama juga jika dari peringkat ijazah sarjana muda ke peringkat sarjana di dalam jurusan yang sama, anda akan dapat lebih pengetahuan, pengalaman dan mengikuti kerja kursus yang mungkin lebih berat lagi??
MEMENUHI KEPUASAN HATI SENDIRI ini saya boleh kaitkan dengan kepuasan diri anda sebenarnya. Tetapi anda perlu tanya diri anda, "Adakah ini yang saya mahu?", "Adakah ini yang akan melengkapkan hidup saya?"...jika ianya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, so sorry la dear...may be there are other things that could satisfy you...so look out for other alternatives okay!.... PEER PRESSURE--ini boleh jadi salah satu sebab juga. Bila ramai kawan-kawan pakat dapat peluang untuk belajar, anda pula rasa tertekan...nak ikut juga...usaha lah juga cari borang dan isi borang permohonan. JANGAN!!!...jangan jadikan peer pressure pressuring you!... Rakan-rakan yang lain mungkin mempunyai matlamat atau goals yang berbeza...tak sama dengan anda...mengapa perlu ikut mereka?? Adakah mengikut mereka mendatangkan kepuasan hati anda? Fikir-fikirkanlah ye... 
Selain itu, MAMPU BIAYA--ini maksudnya, anda ada rezeki lebih atau ibubapa anda sanggup untuk menaja anda setahun dua lagi untuk sambung belajar. Alhamdulillah jika wang bukan masalah utama anda dan anda boleh mengikuti mana-mana pengajian dengan dibiaya sepenuhnya oleh keluarga atau mungkin anda mempunyai simpanan duit sendiri dalam RM10,000 hingga RM20,000 untuk biaya yuran pengajian peringkat Masters (bergantung kepada universiti dan jurusan yang anda pilih). SELF-ESTEEM--ada juga kaitan dengan faktor untuk memuaskan hati tetapi self-esteem ini lebih kepada perasaan kepuasan yang membolehkan anda berasa yakin dengan kebolehan diri anda sendiri. Macam slogan MALAYSIA BOLEH! tu... Bila sambung belajar ni, anda seperti berada di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti anda. TETAPI....ingat!!!! bukan bertujuan untuk memandang rendah atas kebolehan orang lain...tetapi untuk meningkatkan self-esteem anda sahaja. Anda dan orang lain sama sahaja okay...tidak lebih dan tidak kurang sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan masih memerlukan petunjuk dari ALLAH SWT...
Justeru itu, GAJI LEBIH TINGGI ini yang mudah disalahertikan... ada dua kemungkinan gaji lebih tinggi ni...bergantung. Pertama, ya! gaji anda akan lebih tinggi mengikut kelayakan anda hanya jika anda memohon jawatan yang memang mengiklankan kelayakan Masters atau PhD...contoh yang paling baik ialah di bidang akademik...sebagai pensyarah!!... Kelayakan minima di kebanyakan universiti di Malaysia adalah Masters @ Ijazah Sarjana. Tetapi sudah banyak juga universiti yang memerlukan PhD sebagai kelayakan sebagai pensyarah ... ini menunjukkan betapa pantasnya bidang akademik boleh berubah dari tahun ke tahun dan dari masa ke masa. Anda perlu peka tentang itu. Kedua, jika kelayakan yang diiklankan adalah Ijazah Sarjana Muda sahaja, sedangkan anda sudahpun memiliki Masters....oooh mana bisa terima gaji lebih sih!!! Situasi sebegini wujud rata-ratanya di pelbagai sektor korporat awam atau swasta yang ada di Malaysia...kecuali untuk kes-kes tertentu contohnya, syarikat koprorat memerlukan kelayakan Masters untuk penyelidikan, pembangunan, konsultan dan sebagainya. Setakat pegawai atau eksekutif muda....jangan haraplah nak dibayar mengikut gaji Masters...masa ni memanglah rasa kelayakan yang anda ada tu tak laku...bukan salah mereka, salah anda sendiri yang tak kaji betul-betul kelayakan yang ditawarkan.

By IZZUDIN  360339
Posted by Student DPA at 04:53 No comments:

Tuesday, 18 September 2012

MENCARI PENGALAMAN KERJA BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

      Percayalah bahawa selepas sahaja dua belah kaki anda melangkah keluar di pintu sekolah esok anda bukan lagi seorang pelajar sekolah dan saat itulah anda perlu belajar berdikari dan belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Ingatlah bahawa setelah tamat sahaja SPM anda tergolong didalam orang yang menganggur dan pada saat inilah anda akan merasa malu untuk meminta duit poket dari ibu dan ayah.
     Oleh itu apa yang perlu dilakukan adalah, anda perlu mula belajar berdikari dengan merajinkan diri untuk mencari pengalaman kerja. gunakanlah masa yang ada sebelum anda mengorak langkah ke universiti untuk mencari pengalaman kerja kerana percayalah pengalaman kerja intu sangat membantu anda dimasa  hadapan. Buatlah apa sahaja kerja yang anda terima asalkan kerja itu halal dan tidak menyalahi undang-undang, kerana dari pengalaman ini akan mengajar anda untuk lebih berani dari segi percakapan dan soft skill yang akan digunakan di kemudian hari, Dari situ juga anda akan mula belajar mengumpul wang dan menjadi seorang yang lebih berdikari.


    Jangan ingat  SPM itu penamat segalanya.. kerana penamat SPM itu adalah permulaan segala pembelajaran.. SPM itu hanya asas sahaja banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.. Bagi yang berasal dari keluarga yang mewah dan merasakan anda tidak perlu bekerja anda dinasihatkan agar tidak membuang masa.. belajarlah sesuatu.. cubalah untuk mempelajari skill baru ddalam hidup.. contohnya muzik, public relation, IT dan technology baru yang anda tidak pelajari semasa di sekolah dahulu.
    Bila anda ingin menceburi sesuatu kerjaya.. soft skill itu sangat  penting.. fahami apa itu  art and science. kerana orang yang multitasking sangat diperlukan pada zaman ini.. oleh itu pelajarilah dan ceburilah apasahaja benda baru kerana dunia sebenar adalah lebih hebat cabarannya dari apa yang anda sangkakan.

By IZZUDDIN 360339

Posted by Student DPA at 21:43 No comments:

Kebaikan Bekerja Sambilan (Part Time)

          Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara part time. Ini bermakna pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos-kos kehidupan seperti yuran pengajian kolej, makan dan minum harian serta membeli buku atau barang-barang keperluan belajar.


            Kebaikan pertama ialah mengetahui potensi pendapatan setiap bulan. Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.

          Kedua ialah tidak mensia-siakan masa terluang. Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia-siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti. Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.

            Kebaikan terakhir ialah dapat belajar pelbagai perkara baru. Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.

by HANANI MOHD AMIN  360337
Posted by Student DPA at 03:50 No comments:

Monday, 17 September 2012



Sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar-pelajar di UiTM seluruh sistem. Bagi yang sudah tamat, Alhamdulillah...lega lah rasanya. Namun, akan mula risau dan sibuk untuk mencari peluang-peluang pekerjaan.

Bagi yang ada lagi 2 -3 semester...cuti ini umpama merehatkan minda seketika sebelum kembali 'beraksi' di kampus apabila semester baru bermula. Apa yang amat merisaukan pelajar-pelajar ini secara khususnya setiap kali cuti semester ialah menantikan keputusan peperiksaan akhir yang telah diduduki. Menunggu hari dan masa dengan berdebar-debar tatkala sistem komputer UiTM mengumumkan keputusan peperiksaan akhir semester yang baru berlalu.

Bagi yang tamat...kiranya keputusan ini bakal penentu...samada akan terus mencari pekerjaan atau terpaksa pulang semula ke kampus mendaftar untuk menduduki semula kursus yang gagal. Ini fenomena biasa pelajar-pelajar di UiTM... apa pun, sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang setiap kali peperiksaan...biarlah semuanya "smooth sailing"...and "no hiccups" throughout. InsyaAllah.

Saya terpanggil untuk mengalih pandangan terutama bagi para pelajar atau bekas pelajar UiTM khususnya yang sekarang ini dalam dilema untuk membuat keputusan...yang pasti saya bukan orang yang sesuai untuk membantu anda membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup ya...tetapi dilema membuat keputusan samada "SAMBUNG BELAJAR atau BEKERJA"???

Kalau ditanya kepada saya....beberapa pendapat akan keluar dari mulut saya bergantung kepada situasi setiap individu itu. Saya tak boleh "pukul rata" bila menjawab pertanyaan sebegini...there are many factors to be considered when concluding the type of decisions you are making. Bolehlah saya berikan sedikit garis panduan apabila memikirkan perancangan yang bakal dibuat. Saya akan fokus kepada "SAMBUNG BELAJAR" kerana inilah yang menjadi dilema kebanyakan pelajar-pelajar sekarang ini: sil� � e p x � ku teks berubah, yg paling tension kalau mengajar application (cth micr excel atau access) tiap2 tahun version berubah. So, hampir tiap sem kena buat module baru. Tp next semester tak boleh tahan..tak mampulah nak buat nota balik, kena print screen bagai... guna jelah mana-mana reference book. Korang taknak beli korang punya pasal. Cukgu pun ada byk assignment nak buat... ratus-ratus mukasurat punya tesis. 3 tahun belum tentu siap.

Sejak pindah rumah baru...rutin bertambah. Tu la berangan sangat nak duduk rumah corner. Alhamdulillah sekarang sudah dapat. Dulu duduk rumah laman sekangkang kera pun rumput sampai takat lutut.. tp duduk rumah corner, kalau rumput takat lutut karang jiran2 kata kita bela ular ngan gajah plak. Jd tiap2 hari potong rumput sikit2 pun jadilah. Hari ni satu sudut, esok sudut lain plak... takla nampak mcm rumah tinggal.



BY : Nawfal Ibrahim
Posted by Student DPA at 20:36 No comments:
     Tapi selalunya kerja pejabat akan menang...sebab kerja pejabat berkait dengan orang lain. Dengan coordinator, dengan lecturer lain, dengan student, dengan dean, dengan manager dan yang sewaktu dengannya. Kerja PHD pulak walaupun sebenarnya ia sebahagian dari kerja pejabat (sebab masuk KPI dan syarat kontrak) tapi lebih kepada antara diri kita dengan supervisor dan universiti tempat kita belajar.

     Bila di rumah pula.... nak belajar atau jaga anak? kali ini tak ada pilihan. mesti anak dulu. Tak akan boleh pilih belajar dulu selagi anak belum tidur. Bukan setakat anak pulak tu.. kain baju, kerja2 rumah, barang dapur semuanya atas batu jemala saya. Anak pulak memang manja...tak boleh berenggang dengan ibu. Mana ibu pergi dia ikut. Masuk bilik air, keluar bilik air, masuk dapur kemana saja dia ikut. Kalau saya hilangkan diri senyap2 tak sampai dua minit dah meraung2. Jadi jawapannya anak memang nombor satu. Kadang2 makan pun saya tak sempat sebab layankan anak.

     Bila nak sedapkan hati sendiri... "bukan aku sorang macam ni". "aku baru anak sorang..kakak tu anak tiga, kakak lg sorang anak empat.. husband jauh gak" aduhai macam manalah mereka urus masa. So, jangan nak merungut-rungut. Buat saja..

     Hasilnya... belajar hanya pada cuti semester. Itupun kalau tarikh exam awal dan boleh siap marking awal. Adalah seminggu-dua untuk buka buku balik. Bila call supervisor...alasan sama jer, sibuk. Kalau exam last2, minta maap...belum sempat tutup fail lama...dah kena prepare utk semester baru. Bukan macam dekat IIC dulu..ajar subjek sama tiap semester. Yang paling tak tahan satu subjek hanya akan offer sekali setahun, so tahun depan bila kena mengajar semula dah bermasalah. kadang-kadang silibus berubah, buku teks berubah, yg paling tension kalau mengajar application (contoh microsoft excel atau access) tiap-tiap tahun version berubah. So, hampir setiap semester kena buat module baru. Tapi next semester tak boleh tahan..tak mampulah nak buat nota balik, kena print screen bagai... guna jelah mana-mana reference book. Korang tak nak beli korang punya pasal. Cikgu pun ada banyak assignment nak buat... ratus-ratus mukasurat punya tesis. 3 tahun belum tentu siap. Sejak pindah rumah baru...rutin bertambah. Tu la berangan sangat nak duduk rumah corner. Alhamdulillah sekarang sudah dapat. Dulu duduk rumah laman sekangkang kera pun rumput sampai takat lutut.. tapi duduk rumah corner, kalau rumput takat lutut karang jiran2 kata kita bela ular dengan gajah pulak. Jadi tiap2 hari potong rumput sikit-sikit pun jadilah. Hari ini satu sudut, esok sudut lain plak... taklah nampak mcm rumah tinggal.



By : NAWFAL IBRAHIM  360325
Posted by Student DPA at 20:27 No comments:

Sunday, 16 September 2012

MENGAPA HARUS KERJA????



Pernah tak kita terfikir kenapa kita bekerja??? Kalau pernah bagus la…..tapi ada antara kita yang tak pernah terfikir pun kenapa diaorang bekerja…..So…hari ini aku nak kongsi beberapa sebab kenapa kita bekerja……


   1.     Kos Sara Hidup

          Perkara asas kenapa seseorang perlu bekerja adalah mendapatkan wang bagi menampung kos sara hidup. Tanpa wang, bagaimana seseorang pekerja hendak memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Itu belum masuk keperluan yang lain. Kos sara hidup semakin meningkat apabila tanggungannya meningkat terutamanya selepas berumahtangga dan kehadiran cahaya mata. Segala keperluan dapat dipenuhi dengan menggunakan wang gaji yang diterima pada hujung bulan. Matlamat kita bekerja adlah bagi menmpung perbelanjaan harian.


   2.     Menambah Pengalaman

          Sekiranya kita adalah graduan universiti, kita tidak ada sebrang pengalaman selagi tidak bekerja. Segala teori yang dipelajari semasa di universiti dapat membantu kita menguasai pelbagai kemahiran sekiranya dipraktikkan. Kemahiran ini dikatakan sebagai pengalaman.


   3.     Memenuhi Impian

          Di samping memenuhi keperluan asas, kita juga menyimpan seribu impian. Impian itu hanya dapat dicapai dengan adanya wang. Semua orang ingin tinggal di rumah dan memandu kereta lebih besar dan selamat. Dengan bekerja, kita memperoleh wang bagi membeli barangan.


   4.     Kerjaya Hidup
          Tanpa memasuki alam pekerjaan, kita tidak mampu mempertingkatkan kerjaya hidup. Bagi mencapai kenikmatan dan kepuasan menjawat jawatan yang tinggi bukannya kita dapat lakukan dalam satu hari. Ia memerlukan kecekalan kita bagi menghadapi segala risiko dan politik yang ada dalam sesebuah organisasi.   

By HANANI MOHD AMIN 360337   Hamtaro Hamtaro
Posted by Student DPA at 02:53 No comments:

Saturday, 15 September 2012


Belajar atau berkerja ,ia adalah salah satu rutin yang kita akan buat pada setiap hari . Ramai lepasan SPM dalam delima . Keputusan mereka tidak sebaik mana ,hanya cukup-cukup makan . tetapi bila melihat rakan-rakan mendapat panggilan belajar mereka menjadi cemburu dan mula menanam impian untuk sambung belajar juga . Isu ini biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai keluarga yang kurang upaya . Sebenarnya itu perkara biasa ,bila keptusan tak secemerlang mana yang diinginkan ,mula mereka merasa kecewa dan mudah putus asa . Tetapi masih luas lagi jalan dihadapan yang boleh dilalui .
              Nak bekerja dengan usia yang masih mentah apa yang mereka boleh buat dengan usia yang muda dan tiada penglaman . Majiakan atau bos yang ingin mengambil kerja tidak confiden untuk mengambil kerja ,paling tidak mereka akan melihat pada rupa pekerja wanita mesti lawa dan pandai bergaya manakala lelaki pula ade rupa dan mempunyai tubuh yang sasa . Pada masa yang sama mereka juga mesti tahu mengira jika mereka tiada pilihan lain untuk berkerja ditempat yang bagos mereka mesti mencari kerja sekurang-kurangnya cashier . Kalau tiada pilihan lain ,tidak salah mereka ingin berkerja tetapi meraka mesti ada azam yang tinggi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan .                         
             Tapi bila mereka ingin belajar sambil berkerja ,mereka mesti merancang time management yang power dan mesti ada pengorbanan . Pekerjaan apakah yang boleh menjadi serampang dua mata iaitu duit dapat ilmu pon dapat ,tapi sekurang-kurangnya tak payah hingga keluarkan duit .
              Tapi sekarang banyak program-program yang ditawarkan di syarikat swasta dan juga pengajian swasta . Tetapi mereka perlu peka menelek iklan ,akhbar-akhbar dan sebagainya . Apa yang menarik adalah kita akan mendapat elaun sepanjang program itu ,dan sambil itu kita boleh lah membantu keluarga . Bila dah abis pengajian kita boleh terus kerja ,sijil dapat ,duit dapat ,kerja pon dapat .
             Apa yang lebih penting adalah merancang jalan hidup ,sebaik-baiknya solat lima waktu pada yang muslim ,solat istikharah sebelum membuat sebarang keputusan . Minta nasihat ibu bapa agar keputusan yang kita buat mendapat restu .


BY : Nawfal Ibrahim  360325
Posted by Student DPA at 19:52 No comments:
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Free Web Counter
Online Reservations


Ladies & Gentleman

|| HOME || GENG MEMBER || CREDIT TO ||

Up To Date

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (19)
      • 15 Sept (1)
      • 16 Sept (1)
      • 17 Sept (2)
      • 18 Sept (2)
      • 19 Sept (3)
      • 20 Sept (3)
      • 21 Sept (6)
      • 22 Sept (1)
Travel theme. Powered by Blogger.